Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/gbgerakb/public_html/sird/index.php:1) in /home/gbgerakb/public_html/sird/index.php on line 8

Warning: session_start(): Cannot send session cookie - headers already sent by (output started at /home/gbgerakb/public_html/sird/index.php:1) in /home/gbgerakb/public_html/sird/wp-content/plugins/wp-file-upload/wordpress_file_upload.php on line 2

Warning: session_start(): Cannot send session cache limiter - headers already sent (output started at /home/gbgerakb/public_html/sird/index.php:1) in /home/gbgerakb/public_html/sird/wp-content/plugins/wp-file-upload/wordpress_file_upload.php on line 2
Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu Muda | Strategic Information & Research Development Centre Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu Muda – Strategic Information & Research Development Centre

Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu Muda


Description
Author: Rustam A Sani
Format: Paperback, 80 pages
Subjects: Politics, Social Studies
ISBN: 9789675832307
Publisher: SIRD
Published: 2011
Price: RM18.00
 
Kesatuan Melayu Muda (KMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan pada tahun 1938 dan dipimpin oleh Ibrahim Yaacob. KMM sering dianggap sebagai pelopor jalur politik moden Melayu yang dirujuk sebagai ‘Golongan Kiri Melayu’. Secara umumnya, ahli sejarawan bersetuju bahawa politik moden Melayu terbahagi kepada dua jalur yang ketara – kiri dan kanan – sejak 1930-an. Dua jalur ini dibezakan oleh penolakan dan juga kedekatan mereka dengan kecenderungan dan ideologi kiri; latar belakang pendidikan pimpinan mereka dan keluasan pengaruh Indonesia. Kajian ini meletakkan konteks asal usul Golongan Kiri Melayu dalam kerangka struktur sosial yang berubah semasa persekitaran kolonial pada dekad 1930-an, khususnya kemunculan elit baru yang secara sosialnya berbeza daripada aristokrat tradisional. Dihujahkan bagaimana elit baru ini semakin tidak berpuas hati dan hilang sabar terhadap kepimpinan tradisi dalam perjuangan menentang pentadbiran kolonial dan mengusahakan pembentukan masyarakat majmuk.
 
Posted in Malay Books, Politics, Social Studies

Leave a Reply