12243506_10153342125644426_4184777570697220494_n

Mimbar Gerakbudaya – Aktivisme dan Keadilan Alam Sekitar : Peranan Anak Muda


Event Details

Tarikh : 20hb Disember 2015, Ahad
Masa : 2:30 pm
Tempat : Rumah Gerakbudaya
No 2, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Pembentang : Lee Chean Chung, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Semanbu (Kuantan), Ketua Biro Alam sekitar Parti Keadilan Rakyat

Isu-isu alam sekitar menjadi semakin hangat. Daripada Asian Rare Earth Bukit Merah, pembinaan Empangan Bakun, pemprosesan nadir bumi oleh Lynas, perlombongan emas di Bukit Koman, pembinaan industri petrokimia di Pengerang, perlombongan Bauksit di Kuantan, sehingga isu tebusguna tanah di Pulau Pinang, rakyat makin sedar akan keseimbangan pembangunan serta hak untuk menikmati mutu kehidupan yang lebih baik.

Kebangkitan hak alam sekitar akan dikupas dari dua perspektif, iaitu kesedaran hak asasi manusia serta kebangkitan semangat untuk melindungi alam sekitar. Keadilan alam sekitar turut akan dibincangkan dalam konteks Malaysia.

Pendaftaran sila klik : http://goo.gl/forms/NBocf9kJVz

Pertanyaan : 03-79578342 / 012-2658448